14 July 2014

Sedekah

..tengah makan sedap² kat kedai makan, tiba² ada plak peminta sedekah @ org kutip derma @ dan sebagainya mai dok sua tangan..

hangpa penah hadap benda² mcm ni dak..? aku selalu jugak..kdg² aku bagi jugak..ikut bajet yg ada lah..tp klu time tengah takdak apa tu, aku senyum je la.. ha la..senyum pun sedekah apa..? haha apa pun, kat sini aku bukan nak cerita pasai brp hengget aku bagi sedekah.. tp aku cuma nak share sedikit apa yg aku dapat dari tazkirah lepas terawih semalam..

terus jadi miskin lepas bersedekah

Sedekah 

Situasi kadang² bila tengah makan, ada org mai minta sedekah..mcm² mimik muka org kita leh tgk..yg elok tu elok la..tp yg muka dok tengah senyum ria, terus jadi mcm muka org tahan cirit pun ada..
Tazkirah semalam bunyi mcm ni,aku share secara ringkas ja la..satgi panjang2 org tak paham buat apa kan..?

haha..klu ada org mai minta sedekah atau derma ni, tak kira la kat rumah ka..kat kedai makan ka..jgn lah kita marah ka..maki tak tentu pasai ka..patutnya kita kena pikiaq balik..sebelum waktu dan ketika tu , bila kali terakhir kita bersedekah..? Kemarin ka..minggu lepas ka..bulan lepas ka..ntah² setahun yang lepas rekod terakhir kita bersedekah..punya la kita sibuk dengan urusan seharian sampai kita tak dak kesempatan nak bersedekah..nak buat kebajikan..

Dan tiba saat tu, Allah hantaq peminta sedekah tu kat kita..punya Allah nak bagi jugak peluang bersedekah tu kat kita , maka disitu kita pikiaq..wajarkah kita abaikan peluang yg Allah bagi kat kita..peluang yg Allah bagi utk kita buat kebajikan sampai depan  pintu rumah kita..depan meja yang kita tengah duduk makan..
bukan brp nilai sedekah kita yang jadi isu..yang penting , bersedekah lah..

10 July 2014

Sapa tau permainan ni..?

Hari ni kebetulan aku kena hantar dokumen kat pulau..so dah alang² pi sana, aku ajak member singgah 'rokwok' a.k.a Lorong Kulit..hehe..

Niat di hati tu bukan nya nak beli apa pun..saja..aku suka jalan² ushar barang yang org dok juai..yang paling aku suka berhenti tengok, depa yg dok juai barang² terpakai tu..haha..mcm² brg ada..ada yg elok, boleh pakai lagi..n ada jugak yg ntah apa²..

Ada dulu sekali masa aku pi, ular lidi yg warna hijau tu pun ada org juai..boh dalam botoi mineral..mmg sempoiii rahhhh..
yang juai tu dok tau dah 'eksotik'..kalau ada yg beli tu plak, spesis 'spastik' la kot..haha

Jalan punya jalan, belek punya belek..aku nampak 1 benda yg menarik minat aku..bg aku benda ni kira 'legend' la..sebab la ni dah jarang nampak budak² dok main..budak² skrg ni pakat main game android ja..

nih benda ni ..

Permainan

Permainan




 sapa tau nama permainan ni..aku pun tak tau..tp tgk kat situ ada tulis POCKETEERS , so aku consider itulah nama permainan tu.. cuba tekan brp hengget aku beli ni..sapa teka betoii aku bg hadiah permainan ni kat dia..haha..salah..salah..salah.. hahaha

harga yg ditawarkan oleh seller tu RM3.00 , aku pun dan² buat muka berkerut sambil kata " mahai la 3 hengget..ni luaq dia dah bercalaq pun..2 hengget bleh la.."
Maka nya , dapatlah kat aku permainan ni dengan harga RM2.00

sekian ~ aduii..dahaga lah plak..cari pasai pi meronda bulan² posa ni..hehe (^ ‿ ^)





09 July 2014

Rumput & Orang Yang Disayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas