16 October 2018

Bersawang dan berkecamuk

dah lama tak menaip..dan walaupun memang nukilan sebelum ni tak banyak..cukup sekadar menghiburkan hati sendiri..
ntah lah..masa semakin berputar..hidup bagaikan roda..kadang di atas, kadang di bawah..
sedangkan hakikat aku rasa , roda hidup aku bagaikan tak berputar..kekal di bawah seperti tahun² yang sebelum. Mungkin masa belum tiba.

Kita bahagia , bukan kerana kita dapat apa yang kita mahu.. tapi kita bahagia apabila kita terima apa yang tuhan anugerah..terima dalam ertikata menerima dan redha.. aku tahu dia adalah anugerah tuhan kepada aku. dan aku mula belajar untuk menerima. mungkin melalui anugerah ini lah tuhan nak muliakan aku..sapa sangka ?

siapa dia ? dia seorang yang istimewa. sungguh. mungkin aku perlu dedikasikan blog ini untuk dia. mungkin sebagai kenangan untuk dia baca satu hari nanti. mungkin sebagai catatan sejarah atau mungkin sebagai apa² saja.