Pergilah Sepi  

Posted by mazlanmnrai in

Jam dah menunjukkan pukul 12:28 am, tapi mata aku masih lagi terkebil2 dalam bilik yang sengaja aku gelapkan ni..hrm..ntahlah..aku rasa seakan
-akan ada sesuatu yang mengganggu minda dan terus ke hati aku malam ni..resah gelisah dan segala macam perasaan yang datang..

Tiba2 hati aku teringat kat suma kawan-kawan, kat org2 yang aku kenal..ke manalah korang suma menyepikan diri..hilang tanpa berita, atau aku kah sebenarnya yang menghilang diri..kawan2 sewaktu zaman kanak2 aku, zaman sekolah,saat aku melangkah ke alam pekerjaan..org2 yang aku syg..hrrmmm..aku singkap satu persatu kenangan yang tersimpan di celahan fikiran aku yang kusut ni..semakin aku ingat, semakin laju degupan jantung yang aku rasakan..

zassss...aku nyalakan sebatang rokok..



Aku sedut dalam2 asap rokok perisa Dunhill yang menjadi kegemaran aku ni..aku hembus perlahan-lahan..biarpun tak ke mana, tapi aku rasakan seakan satu perasaan lega dalam diri..nafas yang aku hela makin teratur..kekusutan fikiran makin hilang, perlahan-lahan..

Apa sebenarnya yang aku fikir ni..hrrmmmhh..aku pun tak pasti..mungkin ini lah yang dikatakan 'sepi'. Percaya kah korang, di dalam sepi kita akan tercari-cari diri sendiri..?

Dan perlukah aku lontarkan perasaan sepi ni pergi begitu saja..?Tapi aku rasa aku perlukan perasaan sebegini..perasaan yang akan mengingatkan aku kembali kepada semua yang berlalu..

Tapi..sejauh mana..


Baca Selanjutnya »

Perkahwinan  

Posted by mazlanmnrai in

Saat indah awal perkahwinan. ...
Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara : Mahukah kau menciumku?
Teruna : Ya !
Dara : Sayangku.... .!
Sesudah 5 tahun perkahwinan. ....


Korang baca dari bawah ke atas pulak.....hehehe


Baca Selanjutnya »

Berapa Upah..?  

Posted by mazlanmnrai in

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkan kamu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjaga kamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis kerana kamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkan kamu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluan kamu –PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Airmata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayang Ibu".


Baca Selanjutnya »

Org Kata  

Posted by mazlanmnrai in

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul pun)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil.... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Kini aku ada pasangan hidup sendiri.....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Mak kata :
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?”
“Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.........
Bukan wang ringgit jadi keutamaan..cukuplah sekadar sedikit ingatan..

Tapi kalau mak sudah tiada...?

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....


Baca Selanjutnya »

Pernahkah Anda..?  

Posted by mazlanmnrai in

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang yang anda sayang di saat mereka sedang tidur ?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap wajah mereka di saat sedang tidur.
Saat itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di pentas begitu cantik dan gemerlap pun akan nampak polos dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika dia sedang tidur akan hilang wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda di saat beliau sedang tidur.Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita sempurna.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah pula ibu anda....Kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai tubuh kita sewaktu kecil kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang setiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..yang kita sayangi. Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...Rasakanlah perasaan kasih yang terbit dari hati kita.

Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan kita. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutup oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan lebih kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka di saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.Seolah-olah mereka berkata... "penatnya aku hari ini". Apakah yang menyebabkan segala penat lelah itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, tak lain adalah untuk KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka org-org yang kita kasihi itu tidak lagi membuka mata untuk selamanya-lamanya..


Baca Selanjutnya »

< Aku >

My Photo
mazlanmnrai
mazlanmnrai@gmail.com
View my complete profile

< Jom Sembang >

< Fren Of Me >

< Klik Sini >

< Entri Info >

< Jumlah Pelawat >

Website counter